SAYANGI RAHIM ANDA
SAYANGI RAHIM ANDA
Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah
pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah.
Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang
sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umornya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan
rahim.
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak bolih berfungsi.
Rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar saperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.
Tumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah
fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia bolih
dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
Cara-cara menjaga rahim.
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga -
ibu, nenek, ibu saudara adik beradek perempuan. Setiap penyakit a
Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul
dari sekitaran.
2. Fungsi utama rahim
ialah menampong kehamilan. Kahwin dan hamil awal dalam umor muda bolih mencegah
dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga
1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses
kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari tumbuhan.
Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam
tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
3. Rahim sangat2 dipengaruhi dengan dua hormon wanita -
estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak
sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salurdarah
endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua hormone perlu seimbang dan saling berkerjasama.
Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.
Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan
wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak
seimbang estrogen bolih menimbulkan bermacam2 penyakit dan gangguan.
Diantaranya ;
1. Tumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
2. Tumbuhan adenoma dan kanser payudara.
3. Kemandulan dan sukar hamil.
4. Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang
ovary, adrenal dan lemak badan.
Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga
jadi sumber phytoestrogen.
Bahan plastic dan sterofoam dan insecticide dan spray
pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
MAKANAN-MAKANAN YANG BERTINDAK SEBAGAI ANTI ESTROGEN
Makanan-makanan ini mengadungi aromatase inhibitor yang
blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan2 lain saperti sterols,
quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.
1. Buah delima/promagenate.
2. Sayur2 broccoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
3. Minyak zaiton.
4. Cendawan.
5. Anggor merah dan biji.
6. Oats
7. Teh hijau.
8. Buah2 citrous - lemon, limau nipis, grape fruits
9. Kacang2 almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak
diroasted.
10. Bawang merah.
11. Kunyit.
12. Spirulina, chorella
13. Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad dll.
14. Minyak kelapa dara.
15. Bawang putih
16. Kucai dan celery
17. Berries - blue berries, black currant.
18. Maca
19. Fax seeds
20. Makanan2 fermented - yogat, tapai, kimchi. Bekalkan
probiotik atau good bakteria.
4. Faktor-faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering
tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit.
Diantara faktor2 ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohaidret, mengandungi terlalu banyak
perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya
menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone
berkurangan.
Tangani dan kawal semua jenis stress.
5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umor kanak2. Sering
anak2 perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak
dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.
Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air
garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.
Beri
supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan
kepada anak2 perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai
umur remaja. Supplemen2 tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk
menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
6. Kegemokkan perlu dikawal dari umor kanak2 dan remaja.
Dewasa ini kanak2 terlalu minat makan junk dan fast foods. Ibu bapa layani
kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka
panjang.
Remaja mula
dilanda kegemokkan bila berlajar disekolah2, kolej2 dan universiti berasrama.
Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya tidak berkesempatan untuk
memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.
Bermula
disini gangguan haid berlaku - samada tidak datang haid, atau haid terlalu
banyak, keluar berketul2 atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu
petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya
merosakkan rahim.
7. Remaja perlu dididek menjaga kehormatan diri agar tidak
terjebak kedalam maksiat perzinahan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai
gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan
akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan
haid atau 'datang kotor', 'datang bulan'. Berbagai panggilan untuk haid. Memang
ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami
dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga
haid tidak lancar keluar dan adakala haid 'tumpah / melempah' kebelakang rahim.
Fenomina tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim
sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem
ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan
tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit
endometriosis dan adenomyosis.
9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan betakung
dibelakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Olih
sebab itu ketika haid wanita tidak bolih solat dan baca quran, sebaiknya
banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
10. Banyak makanan2 yang membantu dalam jagaan rahim
diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan papaya yang mengadungi
enjim papase. Kedua enjim berperanan untuk membersih darah kotor dibelakang
rahim.
Makanan2
tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone,
keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan
tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit,
bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan2 anti inflammatory juga
berperanan menjaga rahim.
Perbanyak
makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis,
kacang, karot, brokoli , taugeh dan lain2.
Banyak makan
buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betek, buah naga dan lain2.
Makan
pelbagai kacang saperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain2. Baik juga
dimakan bersama2 kismis dan korma.
Makan lebih
ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain2.
Amalkan minum
teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit.
Amalkan minum
susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400
IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Sumber:
Info Kesihatan daripada pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat
.
SAYANGI RAHIM ANDA [12 Ogos 2016]




Comments
Post a Comment